Wednesday, 13 November 2013

Kalau aku K.A.YA. (Insya’allah..)

Kalau aku K.A.Y.A
Aku tolong Palestin, Syria
Aku supply makanan kat tempat yang paaling kurang bekalan makanan
Tempat yang food deprivation sangat critical sampai kena makan kucing
Tempat yang sangat tertindas sampai boleh tengok orang mati kelaparan dengan badan sekeping
Lepas tu aku nak bina kilang roti
Aku nak bina grocery store
Aku nak bawak balik sorang atau 2 orphan from Syria and Palestine  
The realistic list continues….

Kalau aku K.A.Y.A
(possible possible….)

Kalau aku K.A.Y.A
Aku tolong adik aku nak sambung belajar
Sponsor adik aku nak kahwin anak orang kaya (cam ne tuh)
Ajak mak abah pergi Europe tour
Dan tak lupe pergi Bumi Anbia tour
Sponsor premium medical check up for mak and abah
Dinner mewah every weekend
Check-in hotel and shopping every month
Itupun kalau aku betul-betul kaya raya..

Kalau aku K.A.Y.A
Derma bila-bila masa
Fakir miskin, anak yatim, orang sakit,mangsa rogol, mangsa dera, orang tua
Sewa aircraft, bawak depa pergi Legoland tour
Isi kereta full tank, upah driver bawak depa pergi jalan-jalan, pergi makan sedap-sedap
Tapi.. itupun kalau aku betul-betul  mampu..

Persoalannya, kalau aku betul-betul kaya, adakah aku akan buat seperti yang tertera di atas atau lena dibuai kekayaan tersebut?

Adakah aku akan buat semua yang tertera di atas tetapi akan timbul rasa ujub dan sentiasa inginkan penghargaan dari orang lain selain Allah?

Adakah itu yang aku mahukan? Oh, tidak. Aku lebih rela tak kaya raya daripada dihantui penyakit UJUB. Tapi aku nak jadi kaya dan mampu, sebab aku nak tolong orang susah. Niat tu kena justified.

… Kalau aku K.A.Y.A …
… Hari-hari hari raya… eh terngiang-ngiang la lagu Altimet ni dalam kepala otakku..

Contagious!

No comments:

Post a Comment