Monday 11 November 2013

Oh Noh and Mizz Nina..

Assalamua’laikum
Aku terkesima sebenarnya….
Apabila melihat hijrah Mizz Nina dan Noh Hujan…
Alhamdulillah. Sampai juga hidayah buat mereka. Aku rasa betul-betul terkesan. Terkesan sebab itu adalah perubahan yang sangat drastic. Aku rasa drastic sebab aku bukan close friend or close relative with Mizz Nina/Noh. Tau-tau je dalam blog tunjuk Mizz dah berhijab. Sweet sangat. Bukan dah macam comel dan macam cantik jer, tapi memang sangat gorgeous dengan hijab. Teringat gossip girls panas Mizz Nina bila dia participate dalam konsert yang dianjurkan oleh Guinness. Dengan dressing Mizz yang memang totally menyakitkan mata dan menyesakkan nafas, ditambah pulak dengan low self-awareness yang dia ada untuk say no no no agar tidak menyertai show tersebut, aku rasa memang patut dia kena hentam pada masa tu. Sorry Mizz J (macamlah Mizz akan baca blog aku ni.. J).
Tapi sekarang Mizz dah berubah.  Sebak.. Syukur.. . But, mesti ramai yang nak kata sebab revolution of hijab style yang menjadikan Mizz antara artis-artis yang nak berhijab sepenuhnya. Ermm.. Probably. Itulah hikmahnya revolusi tudung tu berlaku kan? Go Mizz. Asalkan Mizz dah berhijrah ke jalan yang Allah redhai dengan menutup aurat.  Itu yang paling penting. Itu juga yang membuat orang macam aku sangat happy.. Yeay!!
Aku tak ada nak comment banyak pasal Noh sebab aku memang tak ambil tahu sangat pasal band Hujan. Cuma, aku teringat Astro Oasis pernah siarkan satu rencana (kita panggil rencana ke? Entah…)  bertajuk ‘Jemputan Umrah’ (rasanya la..). At that time, dia pergi umrah dengan  Aizad AF, and  the other guy yang aku lupa nama dia. Apa yang aku nak cerita ialah pada masa tu aku macam berdoa dalam hati supaya Noh diberi hidayah oleh Allah. That was it. Tak sangka dalam aku tak bersungguh sungguh sangat berdoa, Noh sudah pun berhijrah menjadi a better person sekarang. Aku yakin ramai yang mendoakan sesama kita. Maka jadikan lah doa itu sebagai amalan setiap masa dalam setiap keadaan, senang atau susah. Jangan la masa susah je baru ingat nak berdoa. Doa ni kena consistent, bersungguh-sungguh dan doa yang baik2 itu sahaja yang sepatutnya didoakan.. Insya’allah. Allah makbulkan..
Congratulations to Mizz Nina and Noh. Semoga hidayah itu kekal sehingga ke akhir hayat kalian dan juga kepada kita semua. Aamin…

Credit gambar to Beautifulnara and Roti Kaya.

No comments:

Post a Comment