Wednesday, 13 November 2013

Kalau aku K.A.YA. (Insya’allah..)

Kalau aku K.A.Y.A
Aku tolong Palestin, Syria
Aku supply makanan kat tempat yang paaling kurang bekalan makanan
Tempat yang food deprivation sangat critical sampai kena makan kucing
Tempat yang sangat tertindas sampai boleh tengok orang mati kelaparan dengan badan sekeping
Lepas tu aku nak bina kilang roti
Aku nak bina grocery store
Aku nak bawak balik sorang atau 2 orphan from Syria and Palestine  
The realistic list continues….

Kalau aku K.A.Y.A
(possible possible….)

Kalau aku K.A.Y.A
Aku tolong adik aku nak sambung belajar
Sponsor adik aku nak kahwin anak orang kaya (cam ne tuh)
Ajak mak abah pergi Europe tour
Dan tak lupe pergi Bumi Anbia tour
Sponsor premium medical check up for mak and abah
Dinner mewah every weekend
Check-in hotel and shopping every month
Itupun kalau aku betul-betul kaya raya..

Kalau aku K.A.Y.A
Derma bila-bila masa
Fakir miskin, anak yatim, orang sakit,mangsa rogol, mangsa dera, orang tua
Sewa aircraft, bawak depa pergi Legoland tour
Isi kereta full tank, upah driver bawak depa pergi jalan-jalan, pergi makan sedap-sedap
Tapi.. itupun kalau aku betul-betul  mampu..

Persoalannya, kalau aku betul-betul kaya, adakah aku akan buat seperti yang tertera di atas atau lena dibuai kekayaan tersebut?

Adakah aku akan buat semua yang tertera di atas tetapi akan timbul rasa ujub dan sentiasa inginkan penghargaan dari orang lain selain Allah?

Adakah itu yang aku mahukan? Oh, tidak. Aku lebih rela tak kaya raya daripada dihantui penyakit UJUB. Tapi aku nak jadi kaya dan mampu, sebab aku nak tolong orang susah. Niat tu kena justified.

… Kalau aku K.A.Y.A …
… Hari-hari hari raya… eh terngiang-ngiang la lagu Altimet ni dalam kepala otakku..

Contagious!

Tuesday, 12 November 2013

Stress ke? Jom tengok vegetables..

Assalamua'laikum

Apa ke pe hey nyer muka masam macam jeruk tu? Boss marah? Kawan-kawan buat palat? Baru dapat VSS? Business slow? Ada krisis dengan bff? Post blog harini tak mendapat sambuatan? Eh.. banyak la permasalahan manusia di muka bumi ni kalau nak difikirkan. Penat tau.. Tertekan!!

So, apa kata kita cuci mata, segarkan sikit bebola dan retina mata tu dengan menatap gambar sayur-sayuran ni. Sambil2 tengok tu, rajin2 la mulut tu berselawat atau berzikir.Believe me, it's very therapeutic! Maybe lepas ni ada idea mencurah-curah nak masak apa for lunch or dinner. Kan ada hikmahnya tu stress.. hehe

Enjoy! 






 












Monday, 11 November 2013

Oh Noh and Mizz Nina..

Assalamua’laikum
Aku terkesima sebenarnya….
Apabila melihat hijrah Mizz Nina dan Noh Hujan…
Alhamdulillah. Sampai juga hidayah buat mereka. Aku rasa betul-betul terkesan. Terkesan sebab itu adalah perubahan yang sangat drastic. Aku rasa drastic sebab aku bukan close friend or close relative with Mizz Nina/Noh. Tau-tau je dalam blog tunjuk Mizz dah berhijab. Sweet sangat. Bukan dah macam comel dan macam cantik jer, tapi memang sangat gorgeous dengan hijab. Teringat gossip girls panas Mizz Nina bila dia participate dalam konsert yang dianjurkan oleh Guinness. Dengan dressing Mizz yang memang totally menyakitkan mata dan menyesakkan nafas, ditambah pulak dengan low self-awareness yang dia ada untuk say no no no agar tidak menyertai show tersebut, aku rasa memang patut dia kena hentam pada masa tu. Sorry Mizz J (macamlah Mizz akan baca blog aku ni.. J).
Tapi sekarang Mizz dah berubah.  Sebak.. Syukur.. . But, mesti ramai yang nak kata sebab revolution of hijab style yang menjadikan Mizz antara artis-artis yang nak berhijab sepenuhnya. Ermm.. Probably. Itulah hikmahnya revolusi tudung tu berlaku kan? Go Mizz. Asalkan Mizz dah berhijrah ke jalan yang Allah redhai dengan menutup aurat.  Itu yang paling penting. Itu juga yang membuat orang macam aku sangat happy.. Yeay!!
Aku tak ada nak comment banyak pasal Noh sebab aku memang tak ambil tahu sangat pasal band Hujan. Cuma, aku teringat Astro Oasis pernah siarkan satu rencana (kita panggil rencana ke? Entah…)  bertajuk ‘Jemputan Umrah’ (rasanya la..). At that time, dia pergi umrah dengan  Aizad AF, and  the other guy yang aku lupa nama dia. Apa yang aku nak cerita ialah pada masa tu aku macam berdoa dalam hati supaya Noh diberi hidayah oleh Allah. That was it. Tak sangka dalam aku tak bersungguh sungguh sangat berdoa, Noh sudah pun berhijrah menjadi a better person sekarang. Aku yakin ramai yang mendoakan sesama kita. Maka jadikan lah doa itu sebagai amalan setiap masa dalam setiap keadaan, senang atau susah. Jangan la masa susah je baru ingat nak berdoa. Doa ni kena consistent, bersungguh-sungguh dan doa yang baik2 itu sahaja yang sepatutnya didoakan.. Insya’allah. Allah makbulkan..
Congratulations to Mizz Nina and Noh. Semoga hidayah itu kekal sehingga ke akhir hayat kalian dan juga kepada kita semua. Aamin…

Credit gambar to Beautifulnara and Roti Kaya.

Thursday, 7 November 2013

Akhirnya.. saya RESIGN :(

Assalamua’laikum readers yg dikasihi Allah S.W.T..

First of all, aku dengan rendah dirinya berharap agar post kali ini dapat memberi manfaat dan memberi sedikit cetusan idea (cuba bayangkan volcano..) untuk mereka di luar sana yg masih bekerja tetapi pada yang sama wujudnya keinginan untuk berhenti kerja. Insya’allah.. Kalau boleh, sepanjang aku ber’blogging ni, aku tak nak post stuff yg sia-sia. Niat aku suci J. Semoga apa yg aku tulis semuanya akan memberikan kebaikan kepada semua.

Alright.. NEXT..

Setelah berbulan-bulan menahan pemberontakan yang berlaku dalam hati sendiri, menahan stress yg sebenarnya tak lah stress sangat. It’s just that, that kind of stress is no longer tolerable L... Akhirnya pada 31st October 2013, bersamaan 26 Dzulhijjah 1434 Masehi, aku telah meletakkan surat jawatan sebagai Process Engineer di salah sebuah consultant oil and gas firm yg terkemuka di Malaysia. Fuh.. Lega seyh.. Macam baru alih batu seberat 1 tonne atas kepala.

Dalam kelegaan tu, ada kesedihannya. But, what to do. The decision has been made. Let it flow.. smoothly. Don’t turn back (ini kata-kata semangat dari husband selaku best friend aku). Ok, once I submitted the letter to my boss, terus call husband, ok fine, dia tak terkejut sgt (sebab mungkin terlalu kerap aku ni merengek nak berhenti kerja.. heheh). Tapi colleagues (as expected) memang terkejut. Yelah, resign kan, sesiapa pun kalau dalam bidang pekerjaan tahu ada kawan nak resign, surely akan terkejut J. Hurm.. Bukan senang nak resign. Apetah lagi, position tu mahal dalam bidang oil and gas. Kerja pun fun. Tapi, aku dah tak sanggup nak harung 9 hours per day form Monday to Thursday, and leftover 4 hours on Friday. I’m tired!! I miss my kids. I want to be with them. Aku dah tak boleh muhasabah diri aku lagi bila kata-kata anakku yang suruh ibu don’t work. Arghhh.. Aku tewas pada anak-anak kecilku ini. And, tak boleh kata akan resign next month or next year. Guarantee tak akan jadi. Dia kena.. Pap.. Terus buat surat, sign and letak atas meja boss.

Kalau ikut plan, saya nak resign on December 2014 sebab on January 2015 anak yang sulung akan start standard one. My daughter will be 5 years and 3 years old at that time, so kena manage sekolah dan pre-school masing-masing. Tapi, memang dah tak boleh dah… I need to make a firm and final decision. Fuh.. life is tougher as you get older kan ..

After 2 to 3 days macam tu, saya dah rasa macam tak tenang. Soalan demi soalan bertubi-tubi menusuk kotak fikiran. Lepas ni boleh ke hidup di bawah tanggungan husband sepenuhnya. Boleh ke?? (wondering 100kali). Macam mana nak shopping shawl, bajuku, baju anak-anak, nak makan sedap-sedap, nak vacation duduk kat hotel or chalet yg selesa? Nak makan aiskrim baskin and robbins evey weekend? Nak shopping junkfood kat Giant or Tesco every week? How huh? Terus  saya menggelabah Macam mana aku nak contribute? Aku dah tak ada income. Time tu memang rasa berbelah bahagi sangat. Terus approved semua head hunters dalam LinkedIn yang nak connect. Submit CV to head hunters walaupun depa tak tanya. Hehe. Sampai bila aku nak bolak-balik macam ni. Lastly, aku nekad aku nak grab the opportunity in business and niat sebagai fardhu kifayah. Sebab, kalau aku tak niat macam tu, selagi itulah hati aku akan bolak-balik..

Ya Allah..  Kepada Allah tempatku meminta petunjuk dan kemudahan dalam melakukan sesuatu..

Hwaaaa..